FRESH PARENTS

This forum is dedicated for young and lively parents to share useful information and news related to parenting, current issues and etc.


You are not connected. Please login or register

Pengalaman Deliver Anak-anak Comelku...

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Pengalaman Deliver Anak-anak Comelku... on Mon Jul 14, 2008 12:14 pm

First baby: Ariff Najmuddin bin Mohd Nasir

Alhamdulillah...akhirnya berakhirlah penantian kita dan hubby selama 40 minggu sebelum ni. Baby kiut kita telah selamat dilahirkan 5 hari yang lepas, 12 Januari 2005. Pengalaman melahirkan zuriat pertama takkan kita lupakan sampai bila-bila especially bila terdengar suara baby menangis buat pertama kali.

-----------------------------------------------------------------------------------------

11 Januari 2005

5.00 p.m.
Dah sampai waktu balik. Kalau masa drive sendiri g opis dulu, tepat pukul 4.30 je kita dah chow, tapi bila perut dah terkena stering dan abang kena ambik ni, kita pun balik lewat sikit sebab tunggu abang dari Putrajaya. Sementara tunggu abang, biasanya kita g surau solat Asar dulu sebab abang biasa sampai dalam pukul 5.30 dan dia pun akan solat Asar dulu, pastu baru kami berangkat balik. Hari ni takde la boring sangat sebab ada kawan kita yang ambik KPLI kat situ, dia temankan kita sampai abang datang. Hari ni abang datang awal plak, 5.15. Lepas dia solat, kami pun bergerak...

6.00 p.m.
Petang ni kami singgah umah mak dulu sebab nak ambik surat kena tambah subjek kalau berminat untuk keje SA ngan gomen dari UIA. Surat tu kena reply sblom 17 Jan ni. Lepas ambik surat, bersembang ngan mak kejap, 6.30 kami pun balik umah. On the way tu, kita nampak orang jual nasik lemak kukus, macam sedap jer... kita mintak abang nak makan nasik lemak tu. Abang pun patah balik g beli nasik lemak kukus.

7.00 p.m.
Perut kita ni rasa macam lain macam la. Kejap rasa sakit...pastu hilang. Kejap lagi sakit balik. Kita penah baca dalam babycentre yang salah satu tanda nak bersalin ialah contraction yang kejap ada, kejap takde tapi kita rasa blom lagi kot sebab takde la rasa sakit sangat. Lepas solat maghrib berjamaah dengan abang, kami terus makan nasik lemak. Time solat tu, tetiba rasa sakit tu datang, hadoi...rasa maacm nak berenti kejpa tapi tahan la sikit lagi, dah nak abis dah... Makan nasik pun sambil tahan sakit perut sebab rasa macam lain macam je, takut tak sempat pulak nak makan nanti. Dalam sakit-sakit tu, licin jugak nasik lemak, tinggal kertas surat kabar dengan daun pisang je yang kita tak makan. Sebab tengok kita sakit lain macam je, abang pun tak jadik nak g surau solat isya' ni. Kita kata takpe, bukan sakit sangat, bleh tahan lagi tapi dia takmau jugak...

8.30 p.m.
Cite kegemaran kita, Jewel in the Palace dah start. Kita pun tengok cite tu sambil baring menahan sakit yang makin lama makin sakit pulak rasanya. Bila masuk isya' je kita terus solat sebab rasa macam lain macam je malam ni...

9.00 p.m.
Tengah terpejam-pejam tahan sakit tu, tetiba 'pop!' kita dengar ada letupan kecil dalam perut kita dan serentak dengan itu ada air mengalir keluar dengan banyaknya macam air kencing tapi memang banyak gila dan tak bleh ditahan-tahan. Time tu, rasa sakit tadi tetiba hilang. Aiseh...air ketuban kita dah meletup ke...camner ni? Kita pun bagitau abang. Ha...abang pun terperanjat dan dia pon terus g solat isya' dan sambil tu kita pun g salin baju yang sesuai untu ke hospital. Air yang pecah tadi tu turun tak berenti-renti dan abang kena alas seat dengan rain coat plastik sebab air macam air hujan.

9.30 p.m.
Lepas sampai kat emergency bahagian O&G, kita terus g register kat counter tu. Ada nurse 2 orang tengah tengok TV, pastu takde orang lain dah. Aik.. pelik...hospital ni memang takde orang ke?

9.45 p.m.
Lepas register, nurse tu suruh pakai uniform spital dan masuk dalam satu bilik tu untuk check jantung baby dan tahap contraction. Kita pun tak pasti alat apa yang dia pakai tu tapi dia ada alat yang letak kat perut tu pastu ada paparkan denyutan jantung baby dan percentage contraction. Tak lama pastu sorang dr pompuan datang untuk check bukaan jalan. 'Dah 5cm ni, bleh g labour room terus ye.' Masa tu tak tau la nak cakap perasaan kita, berdebar, takut, excited, insaf dan happy pun ada. Baby dah nak kluar dah...

10.15 p.m.
Kita dah ada kat dalam labour room dan abang pun ada sebelah kita. Masa ni tak rasa sakit sangat, baru second stage la kot. Macam tadi jugak, kejap sakit, kejap tak tapi makin kerap banding ngan sblom ni. Sambil tu, mulut kita tak putus2 baca doa sakit bersalin dan apa2 doa yang kita tau. Masa ni, rasa berdebar2 sangat. Nurse pasangkan oksigen ngan masuk air kat tangan kita. Rasa rimas jugakla berwayar2 ni tapi apa nak buat. Kejap kang dengar suara baby dari bilik belah sana, kejap kang kat belah sini pulak. Best nye..baby diorang suemr dah kluar. Pukul bape la baby kita pulak nak kluar ni...

12.00 p.m.
Time ni dah ras sakit sangat dah. Bila contraction datang, kita sebut Allah sambil pegang tangan abang kuat2. Kita rasa sure abang nyer tangan sakit masa tu sebab kita picit kuat sangat. Rasa macam tak tertanggung sakit nya. Diorang dah buat preparation untuk sambut baby kluar. Ada macam2 benda kita tengok diaorang siapkan.

12 Januari 2005

3.30 a.m.

Nurse kata baby dah bleh kluar sebab jalan dah bukak. Alhamdulillah, akhirnya takyah la kita tahan2 lagi baby ni sebab dia dah nak kluar sangat ni tapi tadi diorang tak bagi lagi tadi. Time ni dah tak rasa sakit dah sebab bila contraction datang, diorang suruh push baby. Kita pun dengan sekuat tenaga yang ada try la bagi baby kluar. Ada 5,6 kali cubaan jugak la tapi masih tak berjaya. Kita dengar diorang kata kepala baby senget la, besar la tapi diorang semua memang best la sebab tak putus2 bagi semangat termasuk hubby kita kat sebelah. Kalau dia takde, tak tau la camne. Walau pun rasa sakit, tapi kita bleh dnegar jelas suara abang dan nurse2 tu sumer bagi semangat.

4.20 a.m.

Akhirnya, untuk cubaan yang ke berapa kali tah, kita berjaya jugak keluarkan baby. Alhamdulillah... Abang kata lepas baby kluar je, diorang terus campak baby atas perut kita. Time ni, hilang semua rasa sakit tadi bertukar menjadi rasa happy dan bersyukur yang amat sangat. Abang pun seronot sangat sampai tak terkata... Lepas nurse cuci dan timbang baby, dia pun bagi baby kat abang untuk azan dan iqamat. Lepas tu, baby terus berenti nangis dan tersu tertidur. Time tu la abang dapat tangkap gambar baby.

13 Januari 2005

2.00 p.m.

Setelah berpuas hati dengan kesihatan kita dan baby, kami pun dibenarkan pulang hari ni. Alhamdulillah baby kita bebas dari demam kuning sampai la hari ni. Mungkin sebab masa dah masuk 9 bulan tu kita ada minum susu kambing dua tiga kali kot.

-----------------------------------------------------------------------------------

Itu la yang dapat kita share kan. Mudah2an ada manfaat untuk semua. Satu perkara yang paling kita rasa sekali, betapa besarnya kuasa Allah menjadikan semua ini....

View user profile

2 Re: Pengalaman Deliver Anak-anak Comelku... on Mon Jul 14, 2008 12:32 pm

2nd baby pulak: Akeef Nu'man bin Mohd Nasir

Alhamdulillah setelah lewat seminggu menanti kelahiran 2nd baby yang terlepas dari EDD nya, akhirnya my 2nd son selamat dilahirkan pada 1 Mac 2006, 7.04 pm di HUKM dengan berat 3.47kg (normal birth). Alhamdulillah Akeef sempurna, sihat walafiat dan sungguh comel. Rasa tak jemu-jemu pandang muka dia. Pengalaman kali ni dengan induce dan epidural, agak berbeza dengan masa melahirkan Ariff dulu. Kalau Ariff lahir awal sehari, turun tanda ketuban pecah dan without epidural, Akeef pulak terlebih 7 hari hingga terpaksa diinduce pada hari ke tujuh. Walaupun dah melalui pengalaman sebelum ni, pengalaman kali ini juga tetap manis dan takkan dilupakan sampai bila-bila...

Welcome to this wonderful world Akeef. Ummi dan ayah akan berikan yang terbaik agar Akeef jadi anak yang soleh...

**************************************************************************************

27 Febuari 2006 (Isnin)

Isk...pagi ni rasa cam malas nak g keje sebab baby tak kluar-kluar lagi walaupun dah terlepas due 5 hari. Kalau masuk opis kang sure orang tanya, tak beranak lagi ke? Tensi...tensi... Ingat dah selamat la weekend lepas, tapi tunggu punya tunggu, kita jugak yang selamat. Kebetulan hari ni abang off, so kita ingat cam nak g hospital la, nak mintak dia induce ari ni jugak (berani tahap gaban ni...). Satu sebab utamanya ialah kita akan ambik exam undang-undang pada 7 Mac nanti. So, kalau lambat sangat bersalin, kang tak sempat plak luka makcik tu baik. Kalau at least dapat seminggu sebelum tu pun, rasa cam dah ok (from previous experience). Harap kali ni pun sama jugak la...

So, dalam kol 8 lebih macam tu, kita ngan hubby pun ke hospital, siap bawak beg sumer la lepas hantar Ariff kat umah mak ngah. Punya la berkobar-kobar, rasa cam nak beranak sangat dah. Sampai-sampai kat emergency tu, orang agak ramai jugak pagi-pagi ni. Bila nurse tu tanya, apa kes, tak tau nak jawab macam mana. Takkan nak kata saya nak induce hari ni jugak... Tetiba datang idea cakap baby tak berapa aktif dan tarikh pun dah over due. (Suppose mmg la dah hujung2 pregnancy ni baby takleh bergerak sangat sebab ruang dah sempit.). Lepas tunggu dalam lebih kurang setengah jam, baru la kita diminta masuk ke bilik yang sama cam masa nak deliver Ariff ari tu untuk check heart beat baby. Bila bagitau Dr baby tak aktif sangat since ari Sabtu (yeke), apa lagi, dapat la sedas dua dari Dr tu. 'Sepatutnya bila awak rasa je baby tak gerak sangat, terus je datang emergency, jangan tunggu lagi, bahay taww...'. Sib baik Dr tu pun lembut je tapi dari cara dia cakap tu, memang dia very concern dan risau sangat ngan condition baby. Yang mak baby ni bleh buat selamba je. Bila check bukaan, Dr kata dah ada tapi baru 1cm, so macam belum sampai masa lagi tapi dia suh warded gak... Yey! Akhirnya dapat gak kita masuk spital untuk bersalin setelah menanti begitu lama...

Kita dimasukkan ke wad yang sama seperti sebelum ni, Wad Delima. Cuma katil je tak sama. Dulu katil no 15, hari ni dapat katil no 16, sebelah-sebelah je. Dengan serta merta rasa cam terpandang-pandang je diri sendiri bersama Ariff yang baru lahir duduk kat katil nombor 15 tu. Lepas dah salin uniform, tak tau nak buat apa sebab tak sakit kan. Dok la merayau-raya cari network baru kat sekitar wad tu. Abang takleh dok lama sebab bukan waktu melawat. Petang nanti baru dia datang balik. Kita siap bawak bekal majalah, al-Qur'an dan stock makanan punya banyak sebab dah tau akan ambik masa sket sebelum bersalin betul. So, everytime lepas solat dan time boring-boring, rasa seronok sangat sebab boleh spend masa untuk baca Qur'an. Kalau di rumah atau pejabat, tak dapat la chance macam ni sebab kena layan anak dan buat kerja opis. So, rasanya decision yang kita buat ni dah betul la supaya boleh rest dan spend masa untuk perkara sepatutnya...


28 Febuari 2006 (Selasa)

Hari ni, Dr masih belum decide nak induce lagi. Pepagi masa diorang datang check pun, dia tak kata nak induce. Isk..bila la dapat bersalin ni... Orang kata kalau bersalin induce ni, sakitnya berkali ganda dari natural tapi rasa cam tak sanggup dah nak tunggu sebab tarikh exam makin dekat dan kita memang dah nekad untuk ambik exam tu next week jugak walaupun baru 2,3 hari lepas bersalin sebab takmo tunggu-tunggu dah...

Alhamdulillah akhirnya petang tu Dr bagitau, diorang akan masukkan ubat induce pagi-pagi esok, dalam pukul 7. Dalam pada itu, member-member baru di sini makin ramai. Ada yang dah bersalin ngan baby, tapi biasanya diorang dok tak lama sebab kat area kita untuk kes-kes biasa yang tiada masalah. So, kita meneruskan liputan network ke area yang lebih besar sampai ke kes-kes berat. So, kat sana jumpa kawan-kawan yang ada problem placenta previa (uri bawah), twin, darah tinggi dan memacam lagi. Bila lepas maghrib je, kitorang tengok TV kat bilik TV sama-sama. Bila petang-petang atau rasa ngantuk, kami bersembang dan kebetulan memang ada minah lawak sorang dua, so memang tak kering gusi la kami dok wad ni... Isk kitorang ni, orang masuk spital baring je, kitorang ni siap buat mesyuarat lagi...

1 Mac 2006 (Rabu)

6.00 pagi dah bangun dah sebab rasa macam tak lena tdio, tak sabar nak tengok muka baby yang menedang-nendang ni... Sebelum azan subuh, kita dah mandi dan siap untuk solat subuh. Pastu sambung ngan baca al-Qur'an dan ma'thurat.

7.00 pagi pegi ke bilik rawatan untuk masuk ubat. Rupanya da lagi 2,3 orang member yang akan masuk ubat jugak pagi ni. Disebabkan 2nd baby, Dr hanya masukkan 1/2 biji ubat sebab jalan dah sedia ada. Memebr yang anak sulung tu kena masuk 2 bijik... Isk banyak tu...

10.00 pagi dah start rasa mild contraction. Pastu call abang, mana tau kot kena masuk labor room awal ke. Sambil-sambil tu, round wad dan melawat kawan-kawan untuk lupakan rasa sakit yang dah start datang sikit demi sikit.

12.00 tengah hari makanan sampai. Memang elok la tu sebab dah lapar dah. Dalam sakit-sakit tu banyak jugak makan tapi tak dapat nak abiskan sebab banyak nasiknya... So, makan share ngan abang supaya tak membazir. Rugi kalau tak abis sebab lauk sedap...

1.00 petang. Dah sampai masa untuk cek dengan Dr. Kita dipahamkan jalan sudah 3cm dan labor room pulak dah penuh. So, kita dihantar ke first stage, bilik di mana ibu-ibu yang masih dalam 1st stage contraction dikumpulkan bila labor room penuh. Yang tak bes, kat bilik ni husband tak boleh teman. Time tu cuma ada dalam 3,4 orang ibu-ibu yang sama 1st stage macam kita jugak. Ada yang relaks je, ada yang teradoi-adoi. Untuk cover comel, kita terpaksa menahan kesakitan walaupun contaction tu datang makin kerap. Pastu pulak siap guna gas untuk kurangkan rasa sakit sebab bilik labor room masih penuh.

3.30 petang. Akhirnya ada juagk kosong kat labor room dan kita ditolak ke sana pulak. Kali ni alhamdulillah abang ada di sisi kita. Dalam pukul 4, doktor datang untuk inject epidural dan lepas dari injection tu, rasa sakit sangat2 berkurangan, siap boleh gelak dan buat lawak ngan abang dan midwife. Tapi midwife yang temankan kita tu memang very professional dan best sangat. Banyak bagi kata-kata semangat sambil perkenalkan alat2 yang diorang gunakan untuk sambut kelahiran baby. Satu yang tak best kalau ambik epidural ni, proses kelahiran akan jadi lebih lama, jenuh makcik tunggu...

7.00 petang. Akhirnya dapat jugak makcik berusaha keluarkan baby. Alhamdulillah selepas dalam 3 kali push, baby comel keluar dengan selamatnya... Very Happy

View user profile

3 Re: Pengalaman Deliver Anak-anak Comelku... on Tue Aug 19, 2008 7:05 am

Alamak.. cerita Adreana mana? Laughing Laughing

View user profile http://wss79.blogspot.com

4 Re: Pengalaman Deliver Anak-anak Comelku... on Tue Aug 19, 2008 10:55 am

Aiseh... cerita adreana lupa plak nak tarok kat sini...
Nnti la balik umah tarok, copy kat blog friendster...
Kat sini kat friendster kena block..
Hihihih

View user profile

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum