FRESH PARENTS

This forum is dedicated for young and lively parents to share useful information and news related to parenting, current issues and etc.


You are not connected. Please login or register

Tugas-tugas Keibuan

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Tugas-tugas Keibuan on Fri Jul 11, 2008 7:49 pm

Tugas-tugas Keibuan

Maha suci Allah yang telah menciptakan para ibu yang menjadi sebab bagi kewujudan kita di alam maya ini. Lahir sahaja kita ke dunia, ibu akan menjaga dan membesarkan kita dengan sepenuh jiwa, sepenuh keprihatinan. Selepas sembilan bulan sepuluh hari menanggung kepayahan dan keletihan yang menagih tidak sedikit kesabaran, ibu tega berhadapan dengan segala kerenah dan dugaan lewat membesar dan mendidik anaknya.

Segala kepayahan itu Allah jelaskan di dalam al-Quran dalam firman-Nya: “Ibunya mengandungnya dengan penuh susah payah dan melahirkannya juga dengan penuh susah payah.” (Al-Ahqaf: 15) Firman Allah lagi: “Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.” (Luqman: 14)

Pun begitu, naluri dan fitrah seorang ibu sejati tidak pernah merungut itu dan ini terhadap penderitaan yang dilaluinya itu. Jiwa penyayang yang dikurniakan Allah kepada para ibu itu telah menjadikan mereka tabah serta tahan menanggung kesakitan dan kepayahan. Lebih dari itu, mereka mampu melaksanakan tugas-tugas keibuan yang diamanahkan kepada mereka.

Namun tidak dinafikan, tekanan hidup hari ini telah menyebabkan ramai ibu yang luntur naluri keibuannya. Malah naluri keibuan ini semakin hilang dari ibu-ibu muslim sendiri, sedangkan Islam paling terkehadapan dalam mengiktiraf dan mengangkat martabat seorang ibu selain punyai kaedah paling berkesan menyubur dan mempercambahkan naluri suci tersebut.

Islam menegaskan bahawa tugas keibuan bukan sekadar mengandung, melahirkan anak, menyusu serta mengasuh anak kerana rutin dan pengalaman sedemikian juga dilalui dan dikongsi bersama oleh ibu-ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa dan agamanya.

Tugas-tugas keibuan di dalam Islam merangkumi:

1. Mendidik

Inilah perbezaan utama antara ibu-ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan ibu-ibu yang tidak beriman. Di sinilah peranan asasnya dan di sinilah kesejatiannya seorang ibu. Ibu yang bersifat pendidik akan mula mendidik anak-anaknya sedari dalam kandungan lagi hatta sampai anak sudah berumah tangga sekalipun. Kerana itu banyak penulis menyifatkan ibu sebegini sebagai ‘guru jagat’.

Tugas mendidik ini termasuklah berganding bahu bersama suami mencorak anak-anak mengikut acuan Islam yang murni.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada seorang bayi yang lahir melainkan ia lahir di dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

adab, memberi kata-kata semangat, memberi pujian, menunjukkan contoh teladan, bercerita, berehlah, beriadhah, bernasyid, bersajak dan bersyair, memberi hadiah, hukuman dan banyak lagi.Walaupun kita mengharapkan guru-guru memberi didikan kepada anak-anak di sekolah manakala di rumah kita mengharapkan pembantu rumah menjaga mereka namun jangan sekali-kali kita berlepas tangan dalam soal pendidikan, khasnya pendidikan agama dan akhlak. Kita tidak boleh menjadi ibu atau bapa sambilan kepada anak-anak kita.

Seandainya ibu-ibu Islam tidak sabar mendidik anak-anak dan tidak memainkan peranan yang sebenar dalam membentuk dan mencorak anak-anak, kesannya akan dapat dilihat di dunia lagi sebelum kesan ‘jangka panjang’ di akhirat. Amat malanglah ibu bapa yang sudahlah di dunia bersusah payah memelihara dan membesarkan anak-anaknya, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mendidik dengan sempurna.

Justeru Allah berfirman: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…” (At-Tahrim: 6)

2. Menunjukkan contoh teladan

Penulis terkenal, Maryam Jameelah (1934) menukilkan:“Pengaruh yang paling baik yang dapat diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya yang sedang membesar ialah dengan menjadi contoh yang baik kepada mereka. Ibu yang rajin mengurus kerja-kerja rumah, menjaga, mengawasi dan mendisiplinkan anak-anaknya dan membuat kerja-kerja lain, menyediakan suasana keislaman yang sihat kepada anak-anak kecil yang dapat menolong mengikis pengaruh-pengaruh yang tidak diingini yang begitu banyak yang akan dihadapi apabila ia besar kelak.”

3. Mengurus anak-anak

Sekiranya anak-anak diurus dengan baik, insya-Allah mereka akan menjadi orang yang berhemah tinggi dan berketrampilan bilamana meningkat dewasa nanti. Antara pengurusan yang paling penting diterapkan pada anak-anak ialah pengurusan masa, pengurusan diri, kebersihan dan lain-lain lagi. Juga menguruskan dan merawat anak-anak yang sakit.

Dalam mengurus anak-anak, ibu yang beriman akan memastikan anak-anak mendapat keperluan hidup sesempurna mungkin.

5. Mendoakan anak-anak

Antara doa yang mustajab itu ialah doa seorang ibu kepada anak-anaknya. Ibu yang sejati tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendoakan kebaikan anak-anaknya. Bukannya memaki-hamun dan mendoakan kecelakaan. Mendoakan anak-anak ini adalah tugas keibuan ‘tidak rasmi’ yang telah diamalkan oleh ibu-ibu solehah sejak zaman-berzaman.

6. Meredhai anak-anak

Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa dan Rasulullah s.a.w. menekankan bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Oleh itu amat penting seorang ibu meredhai anaknya demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya mesti dapat mengatasi dan jauh melebihi kemarahannya.

Oleh: Amaluddin Mohd Napiah

View user profile

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum