FRESH PARENTS

This forum is dedicated for young and lively parents to share useful information and news related to parenting, current issues and etc.


You are not connected. Please login or register

Minggu Penyusuan Susu Ibu Ibu Sedunia

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Minggu Penyusuan Susu Ibu Ibu Sedunia on Sat Jul 26, 2008 3:31 pm

Sempena dengan minggu penyusuan susu ibu sedunia pada 1-7 Ogos 2007, KIta nak share beberapa artikel dan maklumat berkenaan sambutan tersebut dengan semua. Kalau korang ada info lain, sudi2kan share sama2 di sini... Very Happy

Artikel pertama ini adalah dipetik dari www.susuibu.com.
Selamat membaca dan mendapat manfaat bersama...

***********************************************************************

Bantulah Seorang Ibu Memberikan Permulaan Keemasan Kepada Anaknya!

Bersempena dengan acara Sukan Olimpik 2008 (8-24 Ogos), serta Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1-7 Ogos), WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) menyeru semua pihak agar memperkukuhkan sokongan terhadap para ibu yang sentiasa berusaha gigih untuk mencapai piawaian emas dalam pemakanan bayi: iaitu menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama enam bulan pertama dan meneruskannya bersama makanan pelengkap sehingga dua tahun atau lebih.



OBJEKTIF
  • Untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan serta peri pentingnya pemberian sokongan kepada ibu yang menyusukan bayi
    Untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai sokongan yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi
    Untuk menggalakkan pengwujudan keadaan optima bagi melengkapkan sokongan terhadap ibu dalam semua BULATAN-BULATAN SOKONGAN.


SETIAP IBU BERHAK MENERIMA SERTA MEMERLUKAN
- LAYANAN SECARA EMPATI
- MAKLUMAT ASAS YANG BETUL SERTA TEPAT PADA MASANYA
- BANTUAN KEMAHIRAN YANG PRAKTIKAL
- GALAKAN

Sokongan Ibu: Keperluan
Seorang atlit Olimpik memerlukan sokongan penuh dari keluarga, rakan-rakan, masyarakat, serta pihak penaja, agar beliau dapat bertanding dengan jayanya. Demikianlah juga sokongan yang turut diperlukan oleh seorang ibu menyusu . Kedua-dua mereka - atlit serta ibu menyusu – sedang menghadapi cabaran. Bagi ibu menyusu, cabaran yang dihadapi termasuklah menangani maklumat yang kurang tepat, meneruskan penyusuan walaupun bekerjaya, menghadapi situasi kecemasan, dan yang paling penting sekali, mengatasi keraguan tentang keupayaannya untuk menyusukan anaknya. Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah kunci utama kejayaan kedua-dua atlit serta ibu ini.

Sokongan yang diterima oleh si ibu boleh datang dalam bentuk formal seperti lawatan ke pusat perubatan, dan juga secara tidak formal, seperti sekadar senyuman yang menyakinkan dari seorang ibu yang lain. Sokongan boleh didapati dari sumber profesional mahupun awam: kakitangan kesihatan profesional, hospital, kakitangan perbidanan, perunding laktasi, kaunselor terlatih, kumpulan sokongan ibu, kawan-kawan serta keluarga.

Sokongan Ibu: Bukti Kejayaan
Baru-baru ini, Cochrane Review telah menilai sebanyak 34 hasil kajian yang dijalankan di 14 buah negara, mengenai faktor-faktor luaran yang dapat memberi kesan ke atas tempoh penyusuan susu ibu. Kajian telah dijalankan kepada kumpulan campuran ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif dan separa, serta kumpulan ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif sahaja. Berdasarkan hasil kajian ini, didapati kesemua bentuk sokongan, samada profesional ataupun awam, telah dapat memanjangkan tempoh penyusuan susu ibu dengan begitu ketara sekali. Malahan, pertambahan tempoh penyusuan yang lebih besar direkodkan untuk ibu-ibu yang menyusu secara ekslusif yang menerima khidmat sokongan tersebut. Selain itu, latihan melalui WHO/UNICEF kepada kakitangan hospital juga turut membantu penyusuan susu ibu secara eksklusif.

WHO, melalui “Community-based Strategies for Breastfeeding Promotion and Support in Developing Countries”, telah menggariskan beberapa strategi pendekatan kegiatan promosi dan sokongan penyusuan bagi negara-negara membangun. Strategi-strategi tersebut adalah berdasarkan khidmat komuniti serta kemasyarakatan, dan turut menyebut beberapa ulasan berkenaan bukti-bukti keberkesanan sokongan ibu ini. Sikorski telah mengenalpasti 20 sesi kajian mengenai sokongan penyusuan susu ibu di 10 buah negara membangun. Kajian-kajian tersebut mendapati bahawa kesan yang amat ketara berlaku apabila sokongan diberikan kepada semua bentuk penyusuan susu ibu, terutamanya ke atas penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kaunselor awam didapati dapat memberi kesan yang paling berkesan dalam meningkatkan tempoh penyusuan eksklusif, manakala Kaunselor Profesional pula memainkan peranan lebih efektif dalam memanjangkan tempoh penyusuan secara umumnya.

Laporan Projek LINKAGES pula telah menyebut tentang banyak kajian-kajian tentang kesan praktis atau tatacara pengendalian hospital-hospital terhadap peningkatan kadar penyusuan secara eksklusif:-
  • kaunseling dan pek maklumat yang menyokong penyusuan susu ibu
    latihan pengurusan laktasi ke atas kakitangan hospital
    lawatan ke rumah


Jika anda melakukan sebarang aktiviti yang membantu ibu yang berhasrat atau sedang menyusukan bayinya, anda berhak menerima PINGAT EMAS.

Menyokong Ibu Untuk Menyusu
Bayi memang ditakdirkan untuk disusui ibunya. Penyusuan susu ibu memberikan permulaan hidup yang terbaik dalam semua aspek pembesaran anak. Walau di negara membangun sekalipun, pengurangan penyusuan susu ibu dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam meneruskan hidup serta kesihatan bayi. Pemberian makanan selain susu ibu dikaitkan juga dengan peningkatan kadar kematian bayi. Permulaan penyusuan yang awal serta penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat menyelamatkan lebih daripada satu juta nyawa bayi. Jika dibandingkan dengan bayi yang disusukan secara eksklusif, pembesaran bayi yang diberi selain daripada susu ibu didapati tidak normal - mereka menghadapi lebih banyak masalah kesihatan, kadar kematian yang tinggi, serta pencapaian IQ yang lebih rendah.

Ibu dan masyarakat juga mendapat manfaat dari penyusuan susu ibu. Barah payudara seringkali berlaku terhadap ibu yang sama ada tidak pernah menyusukan bayi atau yang hanya menyusukan bayi mereka untuk tempoh yang singkat. Haid pula akan datang lebih awal bagi ibu yang tidak menyusukan anak mereka. Ini akan merapatkan jarak mengandung dan menambahkan masalah kesihatan kepada ibu dan anak. Kesimpulannya, penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat mengurangkan kos ekonomi kepada keluarga, masyarakat, sistem kesihatan serta alam sekitar.

Sokongan Penyusuan Susu Ibu adalah Penting
Dengan Penyusuan, Setiap Orang Adalah Juara!
Penyusuan susu ibu telah diterima pakai sebagai “Piawaian Emas” untuk Pemakanan Bayi. Dalam kebanyakan peradaban dunia, emas dianggap sebagai sesuatu yang berharga, sehingga ianya dihargai serta dilindungi. Bagaimana perasaan anda jika seseorang memberi anda tembaga sebagai ganti emas? Namun, inilah yang berlaku apabila produk dari kilang diberi sebagai gantian terhadap susu ibu.

Di dalam lambang sukang Olimpik, terdapat lima gegelang yang berbeza warnanya, sebagai lambang jaringan antarabangsa antara atlit dan negara-negara yang mengambil bahagian. Dengan konsep yang sama, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2008 menggunakan 5 bulatan berwarna untuk mewakili 5 jenis sokongan yang diharapkan oleh wanita sebagai bantuan dan galakan. Setiap bulatan bertindan, saling berinteraksi dan memperkukuhkan antara satu sama lain, dengan bulatan di tengah sebagai fokus.

Nota: Catatan ini adalah sebahagian dari Terjemahan Action Folder WBW 2008 Versi asal WBW 2008 Action Folder boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai mesej penting sambutan penyusuan susu ibu tahun ini, sila muat turun di, Laman Rasmi World Breastfeeding Week.[list][*]

View user profile

2 Re: Minggu Penyusuan Susu Ibu Ibu Sedunia on Wed Jul 30, 2008 3:16 pm

Antara program yang dianjurkan:

  • Pelancaran Buku Tata Etika Pemasaran makanan Bayi dan Produk Berkaitan di Hospital Selayang pada 1 Ogos 2008.
    (Sila hubungi 0122903775 atau email kepada Kamariah@susuibu.com untuk penyertaan)

    Pengijazahan Bayi – Bayi Yang Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu oleh PPUM. (Tarikh Tutup pada 5 Ogos 2008)


    Penganugerahan Kepada Majikan, Penjaga Bayi Dan Taska Ke Arah Sokongan Positif Penyusuan Susu Ibu oleh PPUM

    Kuiz Antara Kumpulan Sokongan Susu ibu dan Anggota Kesihatan PPUM

    Forum Perdana bertajuk 'Ke Arah Piawaian Emas : Peranan Kami Dalam Menyokong, Mempromosi Dan Melindungi Penyusuan Susu Ibu'

    Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Hospital Serdang pada 16 Ogos 2008.

View user profile

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum