FRESH PARENTS

This forum is dedicated for young and lively parents to share useful information and news related to parenting, current issues and etc.


You are not connected. Please login or register

Buku-buku Yang Dicadangkan Untuk Anak-anak

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Buku-buku Yang Dicadangkan Untuk Anak-anak on Wed Jul 23, 2008 9:07 am

Kawan-kawan,


Nak share beberapa jenis bacaan yang sesuai untuk anak-anak berdasarkan pengalaman saya sendiri kepada anak-anak saya yang begitu meriah sekali Ariff - 3 tahun 5 bulan, Akeef - 2 tahun 3 bulan dan Adreana - 1 tahun 2 bulan). Bolehlah kawan-kawan jadikan panduan untuk dapatkan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Kalau korang ada pengalaman dengan buku-buku yang lain, boleh la kita share kan sama2.


1. Set al-Furqan
Buku yang sesuai untuk kenalkan anak-anak kepada bacaan al-Quran peringkat awal. Buku ni rasanya lebih kid's friendly dan menarik berbanding dengan Iqra' sebab dia bergambar dan dimulakan dengan kenalkan huruf-huruf yang mudah disebut oleh even baby umo 6 bulan. Disertakan dengan CD panduan cara mengajar dan ada lagu-lagu nasyid dalam tu. Alhamdulillah Ariff dah mula start belajar secara formal dan setakat ini dapat ikut dan faham dengan kandungan buku tersebut. Akeef dan Adreana pun dah start cuma taklah secara formal. So, kalau nak start ajar anak mengaji untuk umo 3,4 tahun, rasanya buku ni memang recommended.


Maklumat lanjut: http://www.belajarquran.com/


2. Key Words with Lady Birds (Set Peter&Jane)
Buku ni saya baru try untuk 1st set (1a, 1b, 1c) dan sesuai untuk ajar anak-anak membaca dan speaking English. Buku ni pun sesuai untuk anak-anak dari umo 3 tahun dan ke atas menarik sebab ada illustration dan belajar word by word. Setakat ni alhamdulillah Ariff minat dan boleh ikut la apa yang ada dalam buku ni.



Tips:

1. Untuk galakkan anak-anak membaca, kita pun kena tunjukkan contoh yang baik dengan rajin membaca.

2. Kita tak perlu spend masa yang lama untuk sama-sama membaca dengan anak-anak, maybe boleh ambik masa dalam 5-10 minit sehari especially jika anak-anak kita masih kecik tapi kena berterusan.

3. Gunakan gaya dan intonasi yang dapat menarik perhatian anak-anak semasa membaca. Kalau boleh selit2 kan lagu kanak-kanak sebab diorang ni kalau bab menyanyi dan berjoget, memang suka sangat la.

4. Kalau untuk baby, diorang biasanya lebih sesuai gunakan flash card. Tunjukkkan satu-satu card dengan cepat dan tak perlu ambil masa lama (dalam 1-2 second je).

View user profile

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum